Leftenan (tentera laut)

Leftenan (singkatan Lt atau Left.) merupakan pangkat tentera bagi pegawai bertauliah kedua terbawah di dalam kebanyakan angkatan tentera terutamanya Tentera Darat Malaysia. Perkataan leftenan diterbitkan daripada bahasa Perancis; lieu bermaksud "berada dalam" seperti satu kedudukan; dan tenant bermaksud "menyandang" seperti "menyandang kedudukan"; oleh itu "leftenan" adalah seseorang yang menyandang kedudukan sekiranya ketidak hadiran pegawai lebih kanan dari beliau.